BISIKAN HATI
Kamis, 25 September 2014
Batu Dari Burung Ababil Berusia 1,442 tahun
Seorang lelaki arab yang menemui sebiji batu dikatakan batu sijil telah di tawarkan 4 juta usd.Tetapi beliau menolak tawaran tersebut.Batu yang mempunyai lukisan burung dan gajah ini dikatakan batu yang di dijatuhkan burung Ababil terhadap tentera Abrahah yang mahu meruntuhkan Kaabah.
Bagaimana batu itu ditemui..?
Ketika dalam perjalanan melalui sebuah gunung berhampiran sempadan Yaman, seorang lelaki Arab dikenali sebagai Saleh Musfer Al Gamdi telah menemui sebiji batu yang amat pelik.
Menurut beliau, batu tersebut mungkin seperti yang telah disebut dalam satu ayat Al-Quran, di mana Allah telah menghantar burung Ababil untuk membuang batu-batu Sejil untuk memusnahkan tentera yang diketuai oleh ketua perang Abrahah dari Yaman yang mahu meruntuhkan Kaabah di Tanah Suci Mekah.
Setahun selepas beliau menemui batu tersebut, beliau telah ditawarkan $4 Juta untuk batu tersebut oleh pembida. Batu itu mempunyai keunikan dimana terdapat lukisan burung dan gajah dan berat 131 gram, betul-betul sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.
Pakar menganggarkan bahawa batu itu berusia sejak hampir 1,442 tahun.Di samping itu,beliau memberitahu bahawa beliau telah menjumpai batu tersebut setelah bermimpi ayah dan datuknya,satu lagi sebab untuk beliau tidak menjualnya.
Subhanallah..
SIKSA MENINGGALKAN SHOLAT
Pernah berlaku di zaman Khalifah Bakar As-Sidiq terhadap seorang sahabat yang meninggal dunia. Setelah dimandi dan di kafankan, lalu diletakkan di satu sudut rumah untuk disholatkan. Semasa sholat hendak dimulakan, tiba-tiba mayat itu bergerak-gerak.
Tampillah seorang daripada mereka untuk menghuraikan ikatan kafan karena menyangka mayat itu masih hidup.
Tatkala kafan itu terbuka, alangkah terperanjatnya mereka karena mayat itu di lilit dan digigit oleh seekor ular.
Lalu mereka mengambil kayu untuk memukul ular tersebut.
Sekali lagi mereka terkejut karena ular itu mengucap dua kalimah syahadat serta berkata :
"Apakah sebabnya kamu hendak membunuhku?. Aku tidak bersalah dan tidak pula menyakiti kamu.
Aku hanya menjalankan perintah Allah menyiksa mayat ini sehingga Hari Akhirat".
Para hadirin bertanya : "Apakah yang menyebabkan mayat ini disiksa?"
Ular tersebut menjawab : "Mayat ini selama hidupnya telah melakukan tiga kesalahan yaitu,
Pertama : Ia mendengar azan tetapi tidak diindahkan malah tidak pula mengerjakan sholat.
Kedua : Ia tidak mengeluarkan zakat hartanya.
Ketiga : Ia tidak mau mendengar nasihat yang baik-baik dari para alim ulama'.
Itulah yang menyebabkannya disiksa sedemikian rupa."
Ya Allah..Kami Memohon pada Engkau,Ampunilah dosa-dosa kami ,terimalah amal ibadah kami dan matikanlah kami dalam keadaan khusnul khotimah.
Aamiin ya Rabbal'alamiin.
Mantan Pembuat Tatu Kini Imam Di Jepun
Jepun,Yakuza.Dia
adalah bekas tukang tato untuk anggota geng yang paling ditakuti di
Jepun itu.Kerja sebagai ‘tukang tato’ itu telah dilakukannya selama 20
tahun.
Tapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan Azan.Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu kota Tokyo.Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadat,Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.
Dia menhenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih.Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih.“Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia,” ujarnya seperti dilaporkan oleh laman web islamicmovement.org.
Kalimat itu adalah Syahadat,pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusannya.Meskipun tidak faham secara keseluruhan,Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad.Seperti kebanyakan penduduk Jepun,sebelum memeluk Islam Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto.
Pertemuan dengan orang berserba putih itu masih di ingatan Takazawa.Dua tahun selepas memeluk Islam,dia bertemu lagi dengan seorang yang menjadi inspirasinya itu.“Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi,Kota Madinah,Arab Saudi.Saya bersyukur dapat bertemu dengannya,“katanya.
Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di kawasan Shinjuku.Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah.Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi seorang di antara lima imam Masjid besar di Jepun.

Subhanallah...Moga kita bisa mendapat hidayah dari Allah.
Al Quran Terbang Di Mekah
Ketika jemaah di Mekah sedang khusyu’ melakukan ibadah, tiba-tiba dikatakan terdapat senaskah Al-Quran terbang di udara kemudian ia terus melekat di Kaabah.
Mekah merupakan tempat destinasi utama bagi umat Islam di dunia ini untuk menunaikan ibadah umrah dan haji. Jadi tidak hairanlah jika Mekah dihadiri oleh jutaan manusia hampir setiap tahun. Suatu ketika ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah Al-Quran melayang dan terus melekat pada pintu kaabah. Peristiwa luar biasa ini membuat ramai jemaah yang menyaksikannya menangis kerana kagum dengan kejadian Allah.
Saksi kejadian berkata pada malam Jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca Al-Quran. Sebaik sahaja tiba di pintu depan Kaabah, beliau dilanggar oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terjatuh dan kitab suci Al-Quran yang dipegang terlepas. Al-Quran tersebut tidak jatuh tetapi melayang dan melekat di pintu Kaabah.
Selepas seorang staff Masjidil Haram mengambil kembali Al-Quran tersebut setelah diturunkan dengan kayu, jemaah-jemaah Haji yang menjadi saksi peristiwa luar biasa itu mencium Al-Quran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi berpuluh botol minyak wangi.....Subhan'Allah.
Senin, 08 September 2014
SUBHANALLAH : DALAMAN RUMAH RASULULLAH SAW
Subhanallah. Ini adalah replika rumah Nabi
yang mulia Rasulullah ﷺ yang bersandarkan hadis yang sahih. Replika ini
dipertontonkan di Jeddah. Betapa 'ringkas'nya kehidupan Rasulullah ﷺ.
Disaat
kita merengek-rengek mahukan rumah yang mewah dan selesa bagaikan mahu
tinggal di dunia buat selama-lamanya. Lihatlah bagaimana rumah junjungan
yang mulia ﷺ yang hanya menjadikan rumah di dunia ini sebagai sebuah
'pondok' persinggahan menuju ke dunia yang satu lagi.
Usah kita sibuk mencari dan bertanyakan kepada orang lain, mengapa mereka tidak boleh mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ, sebaliknya tanyalah kepada diri kita sendiri, kenapa kita tak mampu bertindak seperti Rasulullah ﷺ.
Firman ALLAH Subhanawata'ala dalam surah Al-Baqarah ayat 44
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah,tidakkah kamu berakal ???

Langganan:
Postingan (Atom)