Jumat, 02 November 2012

SAHABAT SEJATI MEMBAHAGIAKAN HATI,,











“ Seandainya engkau bertemu seorang yg sanggup bersusah atas nama kesetiaan,
mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran,menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yg sukar dicari ganti…”

Rasulullah saw p

ernah berpesan:
“Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”.

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yg harus dijadikan sahabat.Apakah ciri2 sahabat yg baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yg sifatnya seperti berikut”

1..Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

2..Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

3..Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

4..Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

5..Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

6..Jika dia melihat sesuatu yg tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.

7..Jika engkau meminta bantuan daripadanya dia akan mengusahakannya.

8..Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

9..Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

10..Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. Dalam 2 hati diberikan 3 rasa :

SAYANG, KASIH & KASIHAN.
Dalam 3 rasa itu dselitkan 4 tujuan:

BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA.
Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:

TEMAN BAIK SELALU DI SISI.
Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian iaitu :

SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI, & MENGINGATI.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar